SharePoint
A- A A+
Home > About TTSH > News > Percubaan TTSH, Institut Neurosains, beri harapan pesakit lumpuh kembali ‘berjalan’
​​​​​​
ST20231129_img2.jpg
KEMBALI BERJALAN: Dua pesakit lumpuh, Encik Sam Subian dan Encik Asyraf Ghazali (dua dan tiga dari kiri), kini boleh ‘berjalan’ dengan penyeliaan selepas jalani satu percubaan oleh Hospital Tan Tock Seng dan Institut Neurosains Kebangsaan. – Foto BH oleh SHAFIQ​

Berita Harian​​ (29 November​ 2023)​​​

Dua lelaki lumpuh dari bawah dada sejak sekurang-kurangnya lima tahun lalu dek kemalangan, kini berupaya ‘berjalan’ selepas menjalani satu percubaan bermatlamat mengembalikan fungsi pergerakan kepada pesakit yang hilang sepenuhnya fungsi pergerakan ekoran kecederaan pada kord tulang belakang (SCI).

Encik Sam Subian, 49 tahun, dan Encik Asyraf Ghazali, 28 tahun, telah menyertai percubaan dijalankan bersama Institut Neurosains Kebangsaan (NNI), Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A * STAR) itu sejak awal tahun ini.

Kini, mereka berupaya menggerakkan jari kaki, buku lali, serta bangun dari kerusi dan berjalan dengan penyeliaan dengan bantuan satu implan yang dipasang di tulang belakang. Percubaan dinamakan Pemulihan Fungsi Rehabilitasi menerusi Perangsang Epidural Tulang Belakang atau ‘Restores’, mula merekrut peserta sejak Disember 2022.

– atau pengalir elektrik – yang dipasang di permukaan tulang belakang peserta menerusi pembedahan yang kemudian diikuti rawatan pemulihan berlangsung beberapa bulan.

Saizalatitu,persisjarikecil,berfungsimemberangsangkan isyarat daripada otak dan menyalurkannya kepada kord tulang belakang pesakit supaya mereka dapat menggerakkan bahagian tubuh yang hilang keupayaan itu.

Hasil fasa pertama percubaan itu – yang disokong geran Majlis Kajian Perubatan Nasional (NMRC) dan Program Inovasi Kesihatan Ng Teng Fong – diumumkan satu pasukan terdiri daripada pakar TTSH,NNI dan A * STAR dalam satu sidang akhbar pada Selasa.

Encik Asyraf, peserta kedua percubaan itu, yanglumpuhselamalimatahun,mulaberjalan dengan bantuan penyeliaan pada Ogos.

Peserta pertama, Encik Sam, yang lumpuh selamaenamtahunselepasterjatuhketikamengendalikan seekor kuda, menyertai percubaan itu pada Disember 2022 dan mula berjalan dengan penyeliaan pada September 2023.

Percubaan Restores itu melibatkan peserta yangdiklasifikasikangredAsia‘A’iaitupesakit yang mengalami kehilangan keupayaan dan deria di bawah bahagian tubuh yang mengalami kecederaan.

Percubaan itu bermula dengan proses prahabilitasi – pesakit diperlukan jalani terapi dua kali seminggu dalam tempoh sebulan melibatkan sut bantuan pergerakan atau ‘exoskeleton’, dan fisioterapi.

Kemudian pesakit akan jalani pembedahan bagimemasukkan alat elektrod itu di tulang belakang mereka.

Selepas berehat sebulan pasca pembedahan, pesakit akan jalani latihan pemulihan pergerakan sekitar lima hingga tujuh bulan, melibatkan latihan menguatkan otot, pergerakan asas seperti duduk dan berdiri, dan berjalan.

Semasa menjalankan latihan pemulihan itu, para doktor akan hidupkan alat elektrod itu menerusi satu peranti digital berbentuk tablet, yang boleh mengubah kuasa alat itu menurut kesesuaian pesakit berdasarkan tugas atau pergerakan yang hendak dilakukan mereka.

Sedang itu berlaku,peranti itu akan menjejak pergerakan peserta menerusi kaedah komputer dan akan mempertingkat lagi kaedah itu menerusi teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Dr Wan Kai Rui, penyelidik utama percubaan Restores berkata,matlamat lanjut pasukannyaadalahuntukberusahamencapaipemulihan deria dan beliau sedang bekerjasama dengan beberapa rakan industri untuk berbuat demikian.

“Pada tahap ini kami telah mencapai pemulihan pergerakan, namun pemulihan deria juga penting sebab meskipun mereka (peserta) boleh berjalan, ia tidak selamat sepenuh bagi mereka kerana mereka tidak berupaya rasa lantai dan permukaannya semasa berjalan,” katanya.
















2023/12/04
Last Updated on