SharePoint
A- A A+
Home > About TTSH > News > Jururawat TTSH-NCID gagahi cabaran terus berbakti di luar hospital

Berita Harian (11 August 2020)

TEMA SENTIASA BOLEH: Di TTSH-NCID, tema bagi Hari Jururawat tahun ini adalah "I am Possible” (disebut "I'm possible”) dengan fokus pada ciriciri perpaduan, hubungan dan belas (unity, relationships and heart). – Foto TTSH

WALAUPUN mereka menghadapi tahun yang mencabar tahun ini mengatasi penularan Covid19 di barisan hadapan, jururawat daripada Hospital Tan Tock Seng (TTSH) serta Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) terus berusaha untuk berbakti kepada masyarakat di luar hospital.

Dalam satu inisiatif sempena Hari Jururawat tahun ini, beberapa jururawat telah berusaha untuk menetapkan rekod bagi, 'logo terbesar yang membentukkan logo Hari Jururawat dari cincin' berupa gegelang (ring tab) dalam Buku Rekod Singapura.

Tema tahun ini adalah, 'Nothing is Impossible. I'MPossible'.

Menurut TTSH, cincin’ berupa gegelang ini, kemudian akan ditimbang dan ditukar untuk mendapat beberapa kerusi roda yang akan didermakan kepada rakan masyarakat Pusat Kesihatan TTSH.

"Kami sangat berterima kasih atas semua penghargaan, kad terima kasih, katakata galakan serta makanan dan minuman dari kumpulan korporat dan anggota awam.

"Jadi ini adalah cara bagi kami untuk menunjukkan penghargaan kami kepada masyarakat,” ujar Encik Muhammad Azizi Supki, seorang jururawat kakitangan kanan di TTSH.
















2020/08/12
Last Updated on