Berita Harian (29 November 2023)
Dua lelaki lumpuh dari bawah dada sejak
sekurang-kurangnya lima tahun lalu dek kemalangan,
kini berupaya ‘berjalan’ selepas
menjalani satu percubaan bermatlamat mengembalikan
fungsi pergerakan kepada pesakit
yang hilang sepenuhnya fungsi pergerakan
ekoran kecederaan pada kord tulang belakang
(SCI).
Encik Sam Subian, 49 tahun, dan Encik
Asyraf Ghazali, 28 tahun, telah menyertai
percubaan dijalankan bersama Institut Neurosains
Kebangsaan (NNI), Hospital Tan
Tock Seng (TTSH) dan Agensi bagi Sains, Teknologi
dan Penyelidikan (A * STAR) itu sejak
awal tahun ini.
Kini, mereka berupaya menggerakkan jari
kaki, buku lali, serta bangun dari kerusi dan
berjalan dengan penyeliaan dengan bantuan
satu implan yang dipasang di tulang belakang.
Percubaan dinamakan Pemulihan Fungsi
Rehabilitasi menerusi Perangsang Epidural Tulang
Belakang atau ‘Restores’, mula merekrut
peserta sejak Disember 2022.
– atau pengalir elektrik – yang dipasang di
permukaan tulang belakang peserta menerusi
pembedahan yang kemudian diikuti rawatan
pemulihan berlangsung beberapa bulan.
Saizalatitu,persisjarikecil,berfungsimemberangsangkan
isyarat daripada otak dan menyalurkannya
kepada kord tulang belakang
pesakit supaya mereka dapat menggerakkan
bahagian tubuh yang hilang keupayaan itu.
Hasil fasa pertama percubaan itu – yang disokong
geran Majlis Kajian Perubatan Nasional
(NMRC) dan Program Inovasi Kesihatan
Ng Teng Fong – diumumkan satu pasukan terdiri
daripada pakar TTSH,NNI dan A * STAR
dalam satu sidang akhbar pada Selasa.
Encik Asyraf, peserta kedua percubaan itu,
yanglumpuhselamalimatahun,mulaberjalan
dengan bantuan penyeliaan pada Ogos.
Peserta pertama, Encik Sam, yang lumpuh
selamaenamtahunselepasterjatuhketikamengendalikan
seekor kuda, menyertai percubaan
itu pada Disember 2022 dan mula berjalan
dengan penyeliaan pada September 2023.
Percubaan Restores itu melibatkan peserta
yangdiklasifikasikangredAsia‘A’iaitupesakit
yang mengalami kehilangan keupayaan dan
deria di bawah bahagian tubuh yang mengalami
kecederaan.
Percubaan itu bermula dengan proses prahabilitasi
– pesakit diperlukan jalani terapi dua
kali seminggu dalam tempoh sebulan melibatkan
sut bantuan pergerakan atau ‘exoskeleton’,
dan fisioterapi.
Kemudian pesakit akan jalani pembedahan
bagimemasukkan alat elektrod itu di tulang
belakang mereka.
Selepas berehat sebulan pasca pembedahan,
pesakit akan jalani latihan pemulihan pergerakan
sekitar lima hingga tujuh bulan, melibatkan
latihan menguatkan otot, pergerakan
asas seperti duduk dan berdiri, dan berjalan.
Semasa menjalankan latihan pemulihan
itu, para doktor akan hidupkan alat elektrod
itu menerusi satu peranti digital berbentuk tablet,
yang boleh mengubah kuasa alat itu menurut
kesesuaian pesakit berdasarkan tugas atau
pergerakan yang hendak dilakukan mereka.
Sedang itu berlaku,peranti itu akan menjejak
pergerakan peserta menerusi kaedah komputer
dan akan mempertingkat lagi kaedah itu
menerusi teknologi kecerdasan buatan atau
AI.
Dr Wan Kai Rui, penyelidik utama percubaan
Restores berkata,matlamat lanjut pasukannyaadalahuntukberusahamencapaipemulihan
deria dan beliau sedang bekerjasama dengan
beberapa rakan industri untuk berbuat
demikian.
“Pada tahap ini kami telah mencapai pemulihan
pergerakan, namun pemulihan deria
juga penting sebab meskipun mereka (peserta)
boleh berjalan, ia tidak selamat sepenuh bagi
mereka kerana mereka tidak berupaya rasa
lantai dan permukaannya semasa berjalan,”
katanya.